Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan
pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin
Nun , tiba-tiba ada seekor burung putih
yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.
Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini".
Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?
Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini".
Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?
Jawab burung itu :
"Dari burung helang yang mahu memakan
aku."
Burung itu lalu
masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang
terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata
Burung helang
berkata : "Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku
dari buruanku."
Nabi Musa berkata :
"Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai
gantinya."
Jawab burung helang
: "Daging kambing tidak sesuai bagiku."
Selanjutnya burung
helang itu berkata : "Sebagai ganti, aku ingin makan dua
biji matamu sebagai ganti."
Jawab Nabi Musa a.s
: "Baiklah kalau demikian."
Kemudian Nabi Musa
a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa
a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.
Melihat yang
demikian ini Yusa' bin Nun berkata : "Wahai Nabi Allah,
apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan burung ini
sahaja?"
Maka burung itu
terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya. Akhirnya
kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah
seekor dari antara keduanya : "Aku sebenarnya adalah
malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat Mikail. Tuhanmu telah menyuruh
kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari qadha' Tuhanmu atau
tidak."
Memang kesabaran itu
harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada
Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja
setelah ia menyatakan beriman kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian
atau cubaan pula.
Rasulullah s.a.w
bersabda bahawa sabar itu ada tiga:
- Sabar terhadap bencana.
- Sabar berlaku taat.
- Sabar menjauhi perbuatan derhaka.
Barangsiapa
sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya
jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan
bumi.
Barangsiapa
sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak jauhnya
antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas
dengan dasar bumi yang ketujuh.
Barangsiapa
sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat,
yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy
dengan bumi."
No comments:
Post a Comment