Monday 28 May 2012

Nasihat Al-Ghazali : Aktiviti Harian.

Diantara kira-kira 100 buah buku karangan Imam Al-Ghazali Hujjatul_Islam, terdapat sebuah buku yang berjudul Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Melalui buku ini Imam Al-Ghazali menerangkan amalan-amalan atau apakah aktiviti harian yang patut dibuat oleh setiap orang islam, pada setiap hari dan malam, sepanjang hidupnya. Mengikut ImamAl-Ghazali, inilah satu panduan atau jadual hidup harian yang lengkap, yang patut diamalkan oleh setiap orang islam. Berikut ini disalinkan nasihat Imam Al-Ghazali  mengenai aktiviti yang patut dibuat di waktu pagi, selepas solat sunat dhuha, hingga menjelang waktu gelincir matahari, iaitu masuknya waktu untuk solat fardhu Zuhur : 

Ada 4 perkara yang boleh dibuat, kata Imam Al-Ghazali,

Pertama ; yang terlebih afhdal, bahawa engkau habiskan waktumu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat, bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati orang sekarang ini, yang mereka namakannya ilmu manfaat (padahal ia bukan ilmu yang bermanfaat). Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah takut dirimu kepada Allah, dan menambah penglihatanmu terhadap ‘aib dirimu, dan menambah makrifat dalam engkau beribadat kepada Tuhan, dan menyedikitkan kegemaranmu terhadap negeri dunia, dan menambah kegemaranmu terhadap negeri akhirat, dan membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.

Dan ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya, sehingga engkau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika ia menggoda ulama su’ dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah, kerana mereka telah membeli dunia dengan agama, dan menjadikan ilmu sebagai alat untuk mengambil harta sultan, memakan harta wakaf, harta anak yatim, harta orang miskin dan harta orang islam. Di sepanjang hari mereka hanya menghabiskan masa untuk mencari pangkat dan kedudukan dihati manusia. Untuk itu mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan dihadapan orang ramai dan memperlihatkan kefasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang....

Apabila engkau telah mencuba mengamalkan wirid-wirid dan ibadat (yang telah kami sebutkan) dan engkau dapati akan dirimu tidak merasakan sebarang keberatan dan tidak merasa malas melaksanakannya, bahkan nampak pada dirimu minat yang sangat mendorong engkau untuk mencari lagi ilmu yang bermanfaat, dan engkau tidak menghendaki dengan mencari ilmu itu kecuali hanya keredhaan Allah dan negeri akhirat, maka menuntut ilmu ketika itu lebih afdal daripada ibadat-ibadat sunat. Dan paling penting hendaklah engkau memastikan keikhlasan niatmu (kerana niatlah yang menentukan nilai amalanmu). Apabila niatmu tidak ikhlas maka disinilah tempat terpedayanya orang-orang yang jahil dan disini pula tempat tergelincirnya kaki orang-orang yang cerdik pandai.

Kedua; bahawa engkau tidak berkuasa menghasilkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau kuasa berbuat ibadat seperti berzikir, membaca Al-Quran, bertasbih dab bersolat. Maka ini adalah darjat orang yang ‘abid dan cara hidup orang yang soleh. Dengan cara ini juga engkau dapat tergolong di dalam kumpulan orang yang beruntung.

Ketiga; bahawa engkau membuat sebarang perkerjaan yang dapat memberi kebaikan kepada orang-orang islam dan dapat menggembirakan hati orang-orang yang beriman, atau engkau menolong orang yang soleh di dala m pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama dan ahli sufi dan ahli-ahli agama dan berulang-alik dalam menunaikan hajat mereka, atau berusaha untuk memberi makanan kepada fakir miskin, atau menziarahi orang  sakit, atau menghantar jenazah, maka semua itu lebih afdal daripada semata-mata ibadat sunat sahaja, kerana amalan yang seperti ini selain sebagai satu ibadat ia juga merupakan pertolongan kepada orang lain.

Keempat; jikalau engkau tidak dapat mebuat salah satu daripada tiga perkara yang tersebut tadi maka berusahalah untuk menunaikan hajatmu sendiri dan mencari nafkah bagi dirimu dan keluargamu, sedangkan orang ramai selamat daripada sebarang gangguanmu, dan mereka juga selamat daripada bahaya lidah dan tanganmu. Dan agamamu pula selamat, iaitu apabila engkau tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan. Maka dengan itu engkau kana dapat mencapai darjat Ash-habul Yamin, sekiranya engkau tidak dapat mencapai darjat As-Sabiqin.

(Imam Al-Ghazali, Bidayatul Hidayah, (Terj. Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi), 2008, Wholesale-Mart Business Point S/B, Kuala Lumpur; ms.65-69)

Tuesday 15 May 2012

Koleksi Kuliah/Ceramah Agama

Ustad M Arifin Ilham "Sunnah" Full length version

Ustad M Arifin Ilham "Infaq" Full length version

Ustad M Arifin Ilham "Dunia Menjadi Hamba Manusia" Full length version

AA GYM - Rahasia Tenang Dunia Akhirat (Ceramah 25 Menit) 

Aagym - Mengatasi Persoalan Hidup 1

Aagym - Mengatasi Persoalan Hidup 2 

Aagym - Mengatasi Persoalan Hidup 3

Aagym - Mengatasi Persoalan Hidup 4

Aagym - Mengatasi Persoalan Hidup 5

Aagym - Mengatasi Persoalan Hidup 6

Aagym - Hidup ini indah 1

Aagym - Hidup ini indah 2

Aagym - Hidup ini indah 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Friday 4 May 2012

Koleksi Kuliah Ustaz Kazim Elias

41. Berhijrah Ke Alam Kubur part 1 of 2 - Ustaz Kazim Elias 

41. Berhijrah Ke Alam Kubur part 2 of 2 - Ustaz Kazim Elias



08. Kebinasaan Pada Laki-Laki Yang Berkahwin - Ustaz Kazim Elias 

30. Mati Dalam Keadaan Baik - Ustaz Kazim Elias