1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan pe...rkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka
sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu
mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan
berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan
baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi
orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan
malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara
lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan
berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar
sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia
dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh
dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka
berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang
sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta
sedekah.
(diambil dari wall FB Sahaabah/16.02.2012)
Amalkanlh cara hidup yg seimbang baik dunia maupn akhirat. Seandainya hidupnya bpegang pd Al-Quran & sunnah, itu adalah sebaiknya, InsyaAllah. Setiap manusia sama saja disisi Allah tetapi yg mbezakan manusia itu ialah iman & taqwanya dan untuk mdapatkn iman dan taqwa yg sejati memerlukan ilmu yg bermanfaat. iLmu Allah terlalu meluas, carilah ilmu yg mdapat redha dri Allah. iSiLah hAtImu dGn amalan,selagi nyawa dikandung badan. "DUNIA adalah PENTAS,AKHIRAT tmPt Yg sEbeNaR"
No comments:
Post a Comment