1.Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan
sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah
mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan
janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam
perkara yang tidak berfaedah.
3.Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab
yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya
syiar Islam).
4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang
dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu
adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang
boleh memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang
saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan;
kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan
berkenal-kenalan.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada
kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana
hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas
sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
Amalkanlh cara hidup yg seimbang baik dunia maupn akhirat. Seandainya hidupnya bpegang pd Al-Quran & sunnah, itu adalah sebaiknya, InsyaAllah. Setiap manusia sama saja disisi Allah tetapi yg mbezakan manusia itu ialah iman & taqwanya dan untuk mdapatkn iman dan taqwa yg sejati memerlukan ilmu yg bermanfaat. iLmu Allah terlalu meluas, carilah ilmu yg mdapat redha dri Allah. iSiLah hAtImu dGn amalan,selagi nyawa dikandung badan. "DUNIA adalah PENTAS,AKHIRAT tmPt Yg sEbeNaR"
No comments:
Post a Comment