SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka
pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau
menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.
MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.
SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang
dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan
apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.
CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu
meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya
dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dalam
hidupnya. Pengertiannya terlalu suci dan luhur.
Cinta bukanlah paksaan kerana ia adalah kombinasi rasa suka, minat dan sayang.
Matlamatnya cuma satu....kaulah segalanya.
No comments:
Post a Comment