Ilmu yang bermanfaat ialah salah
satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan
(ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua
yang kamu
lakukan."
(Surah Al-Baqarah : 237 )
Kisah Di Balik Solat 5 Waktu
Ali bin Abi Talib r.a
berkata : "Sewaktu
Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar,
maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi,
lalu berkata: 'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa
A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau
malaikat muqarrab.'"
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan
bertanya.'
Berkata
orang Yahudi: 'Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang
diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
Sabda Rasullullah
S.A.W.:
Solat Zuhur - jika tergelincir ia matahari, maka
bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya,
Solat
Asar
-
itu ialah saat ketika
Nabi Adam A.S.memakan buah Khuldi,
Solat
Maghrib
- itu adalah saat Allah
menerima taubat Nabi Adam A.S.,
maka
setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib
engan ikhlas kemudian dia berdoa meminta
sesuatu
pada Allah maka
pasti Allah akan mengkabulk! an permintaannya.
Solat
Isya' -
itu ialah sembahyang
yang di kerjakan oleh para Rasul- Rasul sebelumku,
Solat
Subuh -
adalah sebelum terbit
matahari, ini kerana apabila matahari terbitnya , terbit diantara 2
tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.'
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka
mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad,
katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang
yang sembahyang.
Rasullullah S.A.W bersabda:
'Jagalah waktu-waktu
sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,
Solat
Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang
mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan
ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: Manakala Solat
Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah
Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Setelah itu
Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:'Jagalah waktu-waktu
sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, Solat
Maghrib itu adalah saat di mana taubatNabi Adam A.S. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian
meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
'Sabda
Rasullullah S.A.W. Solat Isya'(atamah). Katakan kubur itu adalah
sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin
yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan
sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari
terkena
nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi
sirath.' Sabda
Rasullullah S.A.W. seterusnya Solat Subuh
pula,
seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari
secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W maka mereka
berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
(S.A.W).
Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T.
mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.
Sabda
Rasullullah S.A.W.:
'Ketika Nabi Adam
memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam
perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T.
mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari.
Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah
S.W.T. kepada makhluk Nya.'
Kata orang Yahudi:
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini
terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa
itu.'
Sabda
Rasullullah S.A.W.
'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan
Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh
Allah S.W.T tujuh perkara:
1. Akan dicairkan
daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan
makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3.
Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari
merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang
sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari
Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan
memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi:
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami
kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'
Sabda Rasullullah
S.A.W.:'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan
umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan
memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi:
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan
ucapan Asyhadu Alla illaha illallah,wa annaka Rasulullah
(kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan
Allah).'
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan
kepadamu,dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa
dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang
sabar."(Al-Baqarah : 155)
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya
apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya
berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT
dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK
BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari
qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umatku dikenali kerana WAJAH
mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka
malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil
membersihkan debu di
badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak
dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah
debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu
KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka
melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga
setiap
orang melihat para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayat
nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal
diwaktu mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para
Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin
yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang
mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di
malamJumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra
sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang
yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu
kepada Malaikat Ridhwan : Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah
mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur! mereka
di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka
segala makanan yang digoreng
dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa
dulang
dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang
penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat
banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan
berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil
mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah
Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL
yang telah kamu
kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu."
Amalkanlh cara hidup yg seimbang baik dunia maupn akhirat. Seandainya hidupnya bpegang pd Al-Quran & sunnah, itu adalah sebaiknya, InsyaAllah. Setiap manusia sama saja disisi Allah tetapi yg mbezakan manusia itu ialah iman & taqwanya dan untuk mdapatkn iman dan taqwa yg sejati memerlukan ilmu yg bermanfaat. iLmu Allah terlalu meluas, carilah ilmu yg mdapat redha dri Allah. iSiLah hAtImu dGn amalan,selagi nyawa dikandung badan. "DUNIA adalah PENTAS,AKHIRAT tmPt Yg sEbeNaR"
Wednesday, 28 December 2011
Dimana Nilai Sembahyang ?
Perlu dijelaskan bahawa sembahyang itu adalah tiang agama. Barang siapa
mendirikan sembahyang, bererti dia telah menegakkan agama, iaitu agama Islam
yang dianuti. Bererti orang yang meninggalkannya, tidak kira atas apa alasan,
kecuali alasan syarak, dia telah merobohkan agama berkenaan.
Jika kita hendak meneliti, menilai seseorang insan yang beragama Islam, tidak kira lelaki atau perempuan, kita hendaklah melihat ibadah sembahyangnya. Kalau sembahyangnya elok, dilakukan seperti yang diwajibkan, maka amalan yang lainnya juga elok. Namun kalau sembahyangnya tidak elok, apatah lagi seseorang itu tidak sembahyang, maka peribadinya juga tidak elok.
Dikatakan demikian, ialah kerana apabila seseorang itu mati, yang mula-mula sekali ditanya oleh Allah ialah sembahyangnya. Sekiranya sembahyang yang dilakukan itu diterima Allah, maka amalannya yang lain, lebih-lebih lagi amalan yang melibatkan Rukun Islam akan menjadi elok. Sekiranya sembahyang yang dilakukan itu ditolak, maka amalan yang lain akan ditolak.
Sembahyang adalah wajib terhadap semua hamba, tidak kira siapa, sama ada dia seorang pencuci bangunan, seorang pemandu teksi, seorang pensyarah, seorang wakil rakyat atau penolong pengarah. Tidak ada yang terkecuali, semua orang wajib sembahyang, kerana ia adalah ibadah yang boleh mencegah seseorang itu dari melakukan kejahatan (fahsya’) dan kemungkaran.
Seseorang yang tidak menunaikan sembahyang berkemungkinan dia tidak dididik untuk melakukannya. Kedua-dua ibu bapa, kawan-kawan, jiran-jiran juga masyarakat tidak berupaya mendidiknya untuk bersembahyang. Bererti dari mula hidupnya tidak ada rangsangan luaran untuk melakukan sembahyang. Apabila ini berlaku, individu berkenaan akhirnya merasakan sembahyang itu tidak perlu, tidak ada rasa tanggungjawab, tidak sensitif dan otaknya tidak terfikir ke arah ibadah ini.
Manusia seperti inilah yang tidak ke masjid atau ke surau, biarpun rumah Allah itu di hadapan rumahnya, setiap kali azan berkumandang, menyelubungi ruang dalam dan luar rumahnya, tetapi tidak ada rasa sensitif langsung. Malah ada kalanya azan yang dilaungkan setiap subuh itu dirasa terlalu menganggu dan membingitkan telinganya.
Didikan awal perlu bermula dari rumah, yang mesti wujud atau dilakukan oleh ibu dan bapa. Namun apabila kedua-dua ibu bapa itu tidak mempunyai latar belakang agama, tidak memahami hukum-hukum agama, maka kesedaran untuk mendidik anak-anak tentang sembahyang dengan sendirinya tidak wujud. Generasi ini sekiranya dibiarkan, akhirnya akan melahirkan keturunan yang juga tidak sembahyang.
Kebanyakan ibu bapa yang tidak mempedulikan didikan agama lahir daripada mereka yang tidak dapat memikiri perlunya didikan agama. Atas latar belakang seumpama inilah maka masjid-masjid yang didirikan berjuta-juta ringgit sering tinggal kosong, hanya dihuni oleh orang-orang tua, orang-orang yang sudah pencen juga beberapa orang lain. Kelas-kelas agama diadakan setiap minggu, tetapi yang datang hanya beberapa kerat sahaja.
Masyarakat Islam sekarang ini sebenarnya berada dalam satu keadaan yang membimbangkan. Sudahlah ketinggalan dalam bidang ekonomi, dan banyak terlibat dalam masalah sosial, berlipat ganda nisbahnya berbanding dengan penganut agama lain.
Bilangan mereka yang terlibat dengan dadah dan HIV terlalu ramai dan monopoli berbanding dengan bangsa lain. Begitu juga dengan mereka yang terlibat dengan kegiatan merempit, meragut, membunuh, merogol beramai-ramai dan lain-lain jenayah termasuk mereka yang menerima rasuah.
Fenomena ini berlaku kerana sebab yang jelas. Mereka Islam, tetapi tidak melakukan sesuatu yang diajar oleh Islam, iaitu sembahyang lima waktu, sekiranya mereka ada sembahyang dan diterima oleh Allah jadilah mereka manusia yang baik serta tidak akan melakukan kejahatan dan kemungkaran.
Sebahagian besar orang Islam membaca al-Quran tidak tahu maknanya atau kefahamannya. Begitu juga halnya ketika sembahyang sebahagian besar mereka yang bersembahyang tidak tahu makna termasuk dalam surah al-Fatihah. Biarpun disedari memahami makna al-Fatihah bukan satu syarat atau rukun sembahyang. Sekiranya seseorang itu berupaya memahami lafaz yang dibaca ketika sembahyang, maka itu adalah lebih baik.
Tanpa pemahaman agama, termasuk pemahaman terhadap keperluan sembahyang, maka orang yang sedar dirinya Islam tidak akan melakukan sembahyang, biarpun surau ada di tempat kerja.

Mengandung anak gajah??????
Seorang
lelaki yang badannya gendut naik kereta
Api. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu
Terpaksa berdiri. Dia merasa Ada yang
Menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat
Kebelakang. Ada seorang ibu hamil yang juga
Sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka
Lelaki bertanya pada wanita itu :
Lelaki: Hi... Kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita
Dengan nada kesal)
Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu
Bertanya)Encik hamil juga ya?
Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu
Tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya
Orang ya?
Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)
Lelaki: Laa... Kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... Patutlah
Belalainya keluar( sambil menunjuk seluar lelaki
Yang lupa dikancing)
Lelaki:???????????

Burung Spesel
Pada suatu
Hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung
kakak tua yang sangatlah spesel..
Is isteri bertanya..pada is suami..
" Abang..buat aper beli burung TU..?! Kan Mahal TU..!"
Suami menjawab..
" Ala takper..burung in spesel..tengok nie.."
Suaminya mengangkat tangan kanan Dan memetik jarinya..burung itu terus menyanyi lagu POP..
Is isteri sangat suka..Dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..
Is suami..berbuat demikian Dan memetik jarinya.. Dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

Subscribe to:
Posts (Atom)